BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, February 13, 2010

Hai Hai Bye Bye!!!

Program Kaunseling Group A 2009/2010, Universiti Pendidikan Sultan Idris
..saat ceria bersama!!

Memang dah jadi lumrah kehidupan..ada pertemuan dan perpisahan...Rasa sedey sangat bila habis jer taklimat praktikal kat dewan DR tadi...semua kawan-kawan bersalaman, bercium pipi(perempuan jer!!), ada yang nangis-nangis dan macam2 lagi lah gaya perpisahan ....Iyalah walaupun hanya 2 semester iaitu dalam 7-8 bulan jer kami bersama, tapi kami dah dapat bina satu tali persahabatan yang erat antara satu sama lain..tu yg buatkan kami sedey la bila nak berpisah..memang lah kami akan berjumpa lagi masa konvo nanti,, tapi hubungan tu mungkin dah tak sama macam sekarang. Dalam suasana yg baru jer nak mengenali hati budi masing2 dengan lebih mendalam, dah terpaksa berpisah!... Tapi sabarlah kawan-kawan, saya mendoakan hanya yang terbaik untuk kalian..semoga berjaya mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya mendapat A+ dalam praktikal...comon...u can do it guys!! Ingatlah kenangan yang dah kita ciptakan bersama di UPSI ni tambah2 lagi di Proton City....kat bangunan kaca tu lah kita belajar menimba ilmu untuk menjadi seorang pendidik..walau apa pun yang berlaku, kita patut berterima kasih kepada semua pensyarah, tutor, staf dan warga UPSI yang dah banyak membantu kita selama kita berada di sini. Kepada kawan-kawan, saya harap bawalah bendera UPSI yang telah di letakkan dibahu kita dengan sepenuh tanggungjawab yang boleh....InsyaAllah dengan keikhlasan daripada hati kita...akan membuahkan hasil yang manis akhirnya....Akhir kata dari saya, SELAMAT BERPRAKTIKAL KEPADA SEMUA DPLI AMBILAN JULAI 2009/2010.