BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 17, 2010

Posting oh posting!!!


Dulu masa belajar masalahnya nak cepat-cepat habis sebab kalau boleh tak nak dah lama-lama bergelumang ngan stress menghadap buku dan kuliah...
Bila tiba time internship pula, cepat-cepat nak habiskan masa tiga bulan yang diperuntukkan ..hari-hari dok mengira berapa jam, minit dan saat yang masih tinggal untuk pulang ke kampung dan bersama keluarga. Begitulah keadaan yang dihadapi oleh saya dan kawan-kawan...Tambahan pula saya dihantar berpraktikal jauh nun di selatan iaitu di Batu Pahat, Johor. Betapa seksanya menghabiskan masa 3 bulan tu, bukan sebab saya tidak suka sekolah ataupun warga di situ..semuanya baik-baik belaka...tetapi terpisah dari orang-orang yang tersayang nie banyak menganggu perjalanan hidup harian saya rupanya....
Seminggu sebelum habis parktikal, semua barang-barang sudah di masukkan ke dalam kotak kerana semangat untuk pulang berkobar-kobar...tidak sabar rasanya menunggu hari akhir persekolahan....ingin menjerit MERDEKA!!!
Semua itu tinggal kenangan yang indah...sekarang jika dikenang kembali..rindunya rasa ingin ulang kembali kenangan-kenangan tersebut...
Sekarang masalah baru sudah timbul...
Lamanya menunggu posting....sudah bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa pun....menunggu dan menunggu juga merupakan satu penyeksaan...ohhh!! dulu bersungguh ingin habis cepat..sekarang ingin kembali kepada keadaan dulu...sentiasa sibuk, tidak cukup masa, berriuh rendah dengan anak-anak murid dan sebagainya...
Postinh ohh posting bila kah masanya akan tiba jua.....

Saturday, February 13, 2010

Hai Hai Bye Bye!!!

Program Kaunseling Group A 2009/2010, Universiti Pendidikan Sultan Idris
..saat ceria bersama!!

Memang dah jadi lumrah kehidupan..ada pertemuan dan perpisahan...Rasa sedey sangat bila habis jer taklimat praktikal kat dewan DR tadi...semua kawan-kawan bersalaman, bercium pipi(perempuan jer!!), ada yang nangis-nangis dan macam2 lagi lah gaya perpisahan ....Iyalah walaupun hanya 2 semester iaitu dalam 7-8 bulan jer kami bersama, tapi kami dah dapat bina satu tali persahabatan yang erat antara satu sama lain..tu yg buatkan kami sedey la bila nak berpisah..memang lah kami akan berjumpa lagi masa konvo nanti,, tapi hubungan tu mungkin dah tak sama macam sekarang. Dalam suasana yg baru jer nak mengenali hati budi masing2 dengan lebih mendalam, dah terpaksa berpisah!... Tapi sabarlah kawan-kawan, saya mendoakan hanya yang terbaik untuk kalian..semoga berjaya mendapat gred yang cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya mendapat A+ dalam praktikal...comon...u can do it guys!! Ingatlah kenangan yang dah kita ciptakan bersama di UPSI ni tambah2 lagi di Proton City....kat bangunan kaca tu lah kita belajar menimba ilmu untuk menjadi seorang pendidik..walau apa pun yang berlaku, kita patut berterima kasih kepada semua pensyarah, tutor, staf dan warga UPSI yang dah banyak membantu kita selama kita berada di sini. Kepada kawan-kawan, saya harap bawalah bendera UPSI yang telah di letakkan dibahu kita dengan sepenuh tanggungjawab yang boleh....InsyaAllah dengan keikhlasan daripada hati kita...akan membuahkan hasil yang manis akhirnya....Akhir kata dari saya, SELAMAT BERPRAKTIKAL KEPADA SEMUA DPLI AMBILAN JULAI 2009/2010.

Wednesday, January 27, 2010

Post Mortem


Pada malam isnin selepas kelas Tn. Syed, kami bersepakat untuk mengadakan post mortem berkaitan dengan program yang telah kami lakukan ...
post mortem diadakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada program yang akan dijalankan di masa hadapan.. bukan bertujuan untuk mengata atau mencaci atau mengutuk sesiapa pun. Dalam post mortem yang diadakan setiap orang diberi peluang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selama proses perancangan dan pelaksanaan program diadakan.. sebenarnya tak ramai yang mengambil kesempatan untuk mengulas atau memberi komen berkaitan cadangan atau penambahbaikan..ada tetap ada...setiap biro memberikan pendapat masing-masing tapi tidak lah terlalu mendapat sambutan yang memberangsangkan...ada antara ahli yang mengambil sikap mendiamkan diri...ada yang meletakkan emosi dalam peluahannya ..ada yang talkative..ada juga yang mendengar sahaja..tapi mungkin setiap orang mempunyai cara yang tersendiri...manusia kan unik dan berbeza..jadi perbezaan itu membentuk manusia yang pelbagai ragam dan perangai yang kadang2 bila fikir dan ingat balik..lucu ada, nak ketawa pun ada...hemm...macam-macam perangai dan gaya!!!!!
Post mortem nie pun bertujuan diadakan untuk penulisan laporan nanti..rata-ratanya memberikan pandangan dan luahan masing2 ...harap2 dengan peluahan tu kebanyakkannya berpuas hati dan tidak menyimpan apa-apa perasaan dalam hati..iyalah...tak elok simpan dendam..kalau ada salah silap tu...biasalah..anggap lah semua orang pernah melakukan kesilapan...diri kita sendiri pun bukanlah sempurna sepenuhnnya kan..
jadi..sucikan hati..bersihkan jiwa....think positive!!!

Saturday, January 23, 2010

Terima Kasih Semua

Menjamu selera di kantin sekolah..emmm!! sedap..hidangan nasi tomato.

Mendengar taklimat daripada pihak sekolah dan menunggu kedatangan waris untuk penyerahan anak angkat

Membuat persediaan untuk pameran

Bersama dengan pelajar2 yang menyertai Program pada hari tue...masing2 suka posing!!


Ucapan Selamat Datang kepada kami oleh pihak SMK Sultan Ahmad Tajuddin.

Alhamdulillah..lega rasanya apabila semua tanggungjawab sudah dilaksanakan...
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak sekolah SMK Sultan Ahmad Tajuddin yang begitu menyambut baik kedatangan kami dalam membuat Program Integrasi Kerjaya.. Tidak sanggka sambutan begitu baik sekali..kepada Pengetua Sekolah, Guru Kaunselor, Guru Penolong Kanan, YDP PIBG, Ibu Bapa dan pelajar semua..kami akan merindui anda semua kerana kebaikan hati anda dalam melayan kami dengan ramah dan mesra sekali.
Saya anggapkan program kami nie berjaya dalam pelbagai segi...kemungkinan ada kekurangan juga, namun saya mahu melihat dalam konteks yang positif terlebih dahulu...di samping menjayakan program berkaitan kerjaya, kami juga berjaya menjalinkan hubungan yang baik antara pihak UPSI dengan pihak sekolah dan masyarakat setempat. Mereka memuji-muji UPSI yang mereka anggapkan sudi membuat program ditempat mereka. Mereka juga mengalu-alukan kedatangan kami di lain kali. Pelajar juga seakan dahagakan program seumpama ini diadakan lagi. Seikhlas hati saya merasakan amat sedih dan simpati kepada sekolah sekolah di luar bandar yang amat mengharapkan agar kita sebagai pendidik memberi perhatian kepada mereka. InsyaAllah jika diizinkanNya kami akan mengadakan lagi program yang lebih memberi info, motivasi dan lebih gempak dilain ketika.
Program keluarga angkat juga berjalan dengan lancar..kesemua keluarga yang mengambil anak angkat turut memberi kerjasama yang amat baik. Mereka membuat kuih, memberi bekal kepada kai dan sebagainya. Ketika kami hendak bertolak pulang, saya lihat ada antara ibu bapa yang mengalirkan airmata. Walaupun program kami ini singkat, namun sudah meninggalkan kesan yang mendalam di hati mereka. Itulah yang tambah membuatkan kami terharu...
Adik-adik pelajar juga amat baik, ramah, bersopan santun dan senang dikawal..mereka juga amat happy dengan program ini. Setiap maklumbalas yang ditulis mahukan kami mengadakan masa yang lebih dan membuat program lagi..
Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kakak-kakak dan abang-abang fasi yang baik, berpengetahuan dan cepat mesra..
Jika ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kepada mere-mereka semua, kami ucapkan semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing!!!JUMPA LAGI.. noooo....

Wednesday, January 20, 2010

Persiapan Modul Program Integrasi Kerajaya

Persiapan untuk menjalankan aktiviti di SMK Sultan Ahmad Tajuddin sudah siap hampir 90%. InsyaAllah..esok kami akan bertolak ke sana menggunakan bas yang telah kami sewa atas usaha sendiri.
Modul Kelompok masih dalam perbincangan. Modul ini melibatkan kumpulan kecil tetapi merangkumi 15% markah keseluruhan. Kelompok kecil dibahagi kepada 9 kumpulan..manakala setiap kumpulan mempunyai 5-6 orang ahli. Setiap kumpulan mesti membuat satu modul untuk dijalankan di dalam Program Integrasi Kerjaya nanti.
Kumpulan saya telah membuat satu modul yang kami namakan Kotak Kerjaya untuk dipraktikan kepada pelajar di sana. Modul ini lebih kepada main peranan dan berbentuk games. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan dengan nama-nama pekerjaan yang mereka rasakan tidak glamour tetapi amat penting dalam kehidupan seharian.
Pendedahan ini adalah untuk menyedarkan mereka bahawa terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang mereka boleh pilih selain daripada yang mereka sedia ketahui seperti doktor, guru, jururawat, peguam, angkasawan dan sebagainya.
Modul yang kami bentuk ini membuka peluang kepada mereka supaya merasai sendiri situasi dan bagaimana sesuatu pekerjaan itu mempunyai kaitan dalam kehidupan seharian mereka.

Monday, January 18, 2010

BIG oh...BIG...

Antara kawan-kawan yang menyertai BIG di SITC

Kawan kita nie ngantuk sangat nooo.....!!!


Program berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad..walaupun 2 hari sahaja tetapi cukup memenatkan juga lah..
tapi bagi saya, alhamdulillah...tak ada apa2 masalah...ada juga kawan2 yang sakit kaki, sakit pinggang dan keletihan....
sepanjang program tu..banyak ilmu dan pengalaman yang saya boleh kaut...samaada daripada feedback peserta sendiri mahupun fasilitator...
Seperti dalam slot Kembarun...saya mendapat pengalaman yang amat berharga dimana falsafah yang saya dapat di situ ialah...sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu, barulah ambil tindakan. Mengambil keputusan secara terburu2 boleh merugikan diri sendiri dan membuang masa begitu sahaja. Seperti contoh kumpulan saya apabila mendapat sampul surat dan terus membuat keputusan ke pekan dan mendapati bukan di situ tempat sebenarnya,merasakan keputusan yang diambil adalah amat terburu2. Kami amat menyesal kerana tidak menganalisis sesuatu itu dengan betul dan baik. Ia juga mengajar kita untuk membentuk kerjasama dan semangat yang tinggi untuk terus berjaya mencapai sesuatu matlamat. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dan unik, jadi sesuai dengan falsafah kembarun bahawa setiap perjalanan hidup manusia adalah berbeza dan mereka sendiri yang akan menentukan kemana arah tuju hidup mereka.
Slot yang boleh menyedarkan saya untuk menjadi lebih baik ialah slot aku guru hebat...ia memang memberi kesan yang amat mendalam apabila melihat kawan2 bersemangat melontarkan luahan hati masing2....

Friday, January 15, 2010

Berkelana nun jauh ke Selatan...




















Bila dapat tahu yang saya dapat parktikal di sekolah kat selatan tanahair...ayat pertama yang keluar dari mulut nie..emmm, satu lagi pengalaman yang menyeronokkan!!
Saya tak rasa itu satu tekanan kepada saya...mungkin tekanan dari segi kesediaan menjadi guru kaunseling sahaja yang belum cukup...tapi kalau dari segi mengajar dimana-mana sahaja bagi saya itu perkara biasa...InsyaAllah!!
Saya dapat mengajar di SMK Munsyi Sulaiman, Batu Pahat, Johor...dah masuk laman web sekolah..dah tengok apa yang patut dan saya rasa tak sabar untuk ke sana sebenarnya. Saya berharap Allah bagi kekuatan kepada saya untuk menjadi guru yang sabar dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dunia perguruan.
Harap kawan-kawan juga gembira dan bersyukur dengan sekolah yang diberikan kepada mereka..apa yang penting tunjukkan prestasi yang cemerlang dan saya ucapkan selamat berjaya!!

Esok BIG

Jadilah guru yang boleh memartabatkan profesion perguruan.

Pagi tadi ada taklimat berkaitan Bina Insan Guru...
Taklimat bertujuan memberi info kat pelajar2 tentang apa yg perlu dibuat dan diambil perhatian sepanjang program.. sekejap sahaja taklimat diberikan..dari pukul 9.30 pagi hingga 10.00 pagi..
Rasanya tak sabar nak joint BIG sebab nak rasa modul yang akan digunakan oleh pensyarah kami iaitu En Aziz Yatim.
Nak tau sangat apa modul yang akan digunakan dan bagaimana beliau handle pelajar yang ramai. Untuk cohort di bawah penyeliaan beliau sahaja melebihi 400 orang temasuk kami student kaunseling....
Bagaimana rasanya kalau lah saya yang akan mengendalikan pelajar di sekolah nanti dengan jumlah yang ramai..agaknya pening jugak kepala kalau pengetuan suruh buat sesuatu program. Emmm..kat sinilah saya boleh belajar dan maybe ia boleh jadi sesuatu yang amat berguna kepada saya dan kawan-kawan. So, kawan-kawan semua, jom kita enjoy dengan program yang dah diaturkan dan jangan lupa...perhatikan..lihat..tengok dan Have Fun!!!!

Wednesday, January 13, 2010

Perubahan Program

Sampai Kedah la kita nooo....Bandar Bharu kat Kulim jer, tepi Perak dah...dalam 3 jam kot..


Seperti yang dijangka kan, kami menghadapi masalah yang cukup rumit iaitu berkaitan Program Integrasi Kerjaya. Nama untuk BIG tidak dapat ditukar walaupun sebelum nie ada yang mengatakan group lain dapat membuat pertukaran. Berkaitan dengan sekolah pula, kami perlu menghantar surat meminta maaf disebabkan masalah clash tarikh dengan Bina Insan Guru menyebabkan kami tidak dapat membuat program pada tarikh yang dirancang.
Namun begitu pihak sekolah tidak mahu lagi bekerjasama dengan kami. Sememangnya semua nie diluar perancangan kami..kami juga sudah buntu untuk memikirkan alternatif lain..
Lastly, seorang kawan come out with ideas yang kami rasa agak membantu di saat2 genting nie iaitu mengadakan program tersebut di sebuah sekolah di kedah. Kaunselor disitu merupakan abang beliau...jadi ini memudahkan kerja kami. Kaunselor sekolah tersebut bersetuju membantu kami dan berjanji untuk bekerjasama dengan kami. Jadi program tersebut kami tukar ke bandar Bharu, Kedah Darul Aman. Fuhhh..jauhnya kami buat assingment.. tapi tak kisah lah..asalkan siap...itu merupakan satu kesyukuran tak terhingga!!!

Tuesday, January 12, 2010

Praktikal



Sekarang nie masing2 sibuk pasal praktikal ...macam2 karenah yang dapat saya tgk..macam2 ragamm..bila dapat tau di tempat kan di sekolah mana..ada yg berpuashati ada juga yg tak..biasalah,,,tapi satu jer saya ingin nasihatkan pada kawan2..sementara kita still muda nie...masa nie la kita nak kaut pengalaman hidup di tempat orang..bak kata pepatah..jauh perjalanan luas pengalaman...
Jadi syukur lah kalau kata dapat kat mana2 sekalipun..jadikan tempat yg kita akan pergi tu sebagai tempat kita dapat kutip pengalaman sebanyak mungkin. Ada segelintir yg bercadang untuk menukar tempat praktikal..rasanya tak perlulah melakukan sedemikian...bukan sahaja kita akan menyusahkan pihak fakulti..bahkan juga kita akan menyusahkan banyak pihak lagi dengan karenah kita tu...
Rasanya terima lah seadanya..walaupun jauh dari tempat asal..tapi fikirlah secara positif..sampai bila kita mau berada di zon yang selamat..maksud saya kat sini...kenapa kita takut untuk keluar dari negeri sendiri..cubalah merantau ke tempat2 lain..InsyaAllah..bukan sahaja kita mendapat ilmu baru malah fikiran kita juga semakin berkembang dan pencampuran kita juga makin meluas....
So, cubalah mungkin permulaan bagi yg tak biasa berjauhan dengan keluarga, sedikit sukar, namun kalau kita inginkan kejayaan kita perlu berkorban dan bersabar....Betul tak??
So kawan-kawan fikirkanlah...

Kaunseling Kelompok



Contoh Borang untuk mengadakan rakaman sesi kaunseling kelompok.

Perancangan awal kami hanya nak lakukan di makmal upsi sahaja. Tetapi apabila Doktor fauziah tidak bersetuju dengan idea tersebut, kami mengambil keputusan untuk membuat di Politeknik Ungku Omar di Ipoh, Perak. Memang agak jauh untuk melakukan assingment, tetapi itu sahaja pilihan yang kami ada. Kami sudah berbincang dengan kaunselor di sana iaitu salah seorang kawan kepada kawan kami, jadi dia bersetuju dan akan aturkan berkaitan penglibatan peserta kelompok. Satu lagi hal yang sungguh melegakan saya dan kawan-kawan yang terlibat iaitu ayu, sajar, che Omar dan Jerni. Kami berlima berpakat untuk ke sana pada hari isnin dan mengadakan aktiviti kaunseling kelompok sehari di sana.

Kami juga perlu membuat rakaman dan laporan. Rakaman boleh dalam bentuk audio dan visual..bahan2 untuk rakaman masih belum di sediakan lagi....hemm..agak pening juga memikirkan masalah yang satu nie...paling2 senang guna ajer web cam...bawak laptop masing2 dan gunakan lah ia...betul tak?? good idea...

Seminar Kaunseling

Esok akan di adakan satu seminar kaunseling kat Bitarasiswa UPSI, untuk group kaunseling A dan B. lega juga rasanya,,, sebab sebelum nie kami agak pening juga memikirkan untuk menganjurkan seminar tersebut dengan waktu yang diberikan agak singkat iaitu 2 minggu dari tarikh yang diberitahu. Memang satu masalah besar lah..mana ada masa nak deal dengan jemputan2 penceramah yang agak sibuk sekarang ne dengan masa yang begitu terhad. Tapi bila Pn. Sham call saya tadi memberitahu berita yang agak melegakan kami nie,,, syukur rasanya!! so, sekarang nie kami hanya perlu hadiri seminar tersebut dan buat laporan berkaitan dengan apa yang di ceramahkan ...then, siap...
Semua kawan-kawan saya tengok meghela nafas lega...memang saya faham..semua agak penat dengan pelbagai tugasan dengan masa yang agak terhad..muka masing2 memang agak stress...Hem!! sabarlah kawan2,,tak berapa lama lagi....then, lepas nie final exam,,pas tu dah boleh praktikal...Tapi dengar kata masa praktikal tu lagi busy....

apa2 pun itulah cabarannya sebagai seorang guru tambah2 lagi guru bimbingan dan kaunseling....kan? so, terimalah dengan hati yang terbuka...apa yang penting....kerjasama!!!

Bina Insan Guru

Mengadakan mesyuarat bersama AJK dan semua Biro yang terlibat

kACAU!!! Memang segala perancangan kami untuk Program Integrasi Kerjaya pada 16/1/2010 nie terpaksa ditunda ke satu tarikh lain...Ini gara-gara bertembung dengan Program Bina Insan Guru. Nama untuk mereka yang terlibat sudah keluar pada hari ini..
Nama-nama orang penting untuk Program Integrasi Kerjaya semuanya termasuk dalam tarikh BIG 16/1/2010. Ini termasuk lah saya, sajar(pengarah program), Cik Omar dan ramai lagi la..ADUH!! kami sudah buntu memikirkan alternatif lain. Pelbagai cadangan datang dari mulut AJK..tapi semuanya tak menjadi. So, kami ambik keputusan untuk membuat program Kerjaya tersebut di sekolah dan terpaksa buat pada hari biasa...
Masalahnya kami terpaksa deal dengan pihak sekolah sekali lagi untuk menggunakan waktu p&p cikgu-cikgu lain..
Esok saya, sajar, Ku tie, Ayu dan Cik Omar akan ke sekolah Khir Johari sekali lagi untuk berbincang berkaitan program ini. Jika mereka meluluskan, ok..masalah selesai!! Tetapi biasanya untuk menggunakan waktu p&p cikgu-cikgu lain adalah satu perkara yang agak sukar untuk diluluskan. Tengok lah keputusannya esok...
Memang agak pening kepala dengan satu tugasan ni...sebab waktu yang ada agak singkat dan terhad...sekarang nie pula terlalu sibuk dengan pelbagai program lain yang memerlukan perhatian juga....

Thursday, January 7, 2010

Program Integrasi Kerjaya

Pengarah sedang mempengerusikan mesyuarat



Apa yang paling merisaukan saya pada minggu nie adalah mengenai program yang kami rancangkan untuk diadakan pada 16 Januari 2010 nie masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Segala usaha masih diperingkat sederhana.. Kertas kerja kami alhamdulillah sudah diluluskan oleh pensyarah kami..cuma tinggal kelulusan sekolah masih menjadi tanda tanya. Kami rancang untuk pergi berjumpa Pengetua pada hari nie, tapi terdapat sedikit masalah teknikal, kami terpaksa menunda ke satu tarikh lain. Semu AJK lain mungkin sudah membuat kerja masing-masing, aku sebagai S/U untuk program nie berharap agar semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Pengarah program iaitu Sajar sudah pening kepala memikirkan Program kami ini. Saya berharap agar Tuan Pengarah kami tu masih sabar dan jangan cepat melatah. Mujurlah dia seorang yang cukup sabar dengan bermacam karenah AJK. Biasalah bila buat kerja ramai-ramai nie ada bermacam-macam ragam dan hal..itu sudah menjadi lumrah...
Disamping pengarah, ramai yang membantu dalam melancarkan proses membuat perancangan dan sebagainya.
Kami juga sentiasa membuat perbincangan dan mesyuarat dari masa kesemasa agar dapat memantau perkembangan kerja dari setiap biro yang terlibat.