BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 27, 2010

Post Mortem


Pada malam isnin selepas kelas Tn. Syed, kami bersepakat untuk mengadakan post mortem berkaitan dengan program yang telah kami lakukan ...
post mortem diadakan bertujuan untuk membuat penambahbaikan kepada program yang akan dijalankan di masa hadapan.. bukan bertujuan untuk mengata atau mencaci atau mengutuk sesiapa pun. Dalam post mortem yang diadakan setiap orang diberi peluang untuk meluahkan apa yang terbuku di hati selama proses perancangan dan pelaksanaan program diadakan.. sebenarnya tak ramai yang mengambil kesempatan untuk mengulas atau memberi komen berkaitan cadangan atau penambahbaikan..ada tetap ada...setiap biro memberikan pendapat masing-masing tapi tidak lah terlalu mendapat sambutan yang memberangsangkan...ada antara ahli yang mengambil sikap mendiamkan diri...ada yang meletakkan emosi dalam peluahannya ..ada yang talkative..ada juga yang mendengar sahaja..tapi mungkin setiap orang mempunyai cara yang tersendiri...manusia kan unik dan berbeza..jadi perbezaan itu membentuk manusia yang pelbagai ragam dan perangai yang kadang2 bila fikir dan ingat balik..lucu ada, nak ketawa pun ada...hemm...macam-macam perangai dan gaya!!!!!
Post mortem nie pun bertujuan diadakan untuk penulisan laporan nanti..rata-ratanya memberikan pandangan dan luahan masing2 ...harap2 dengan peluahan tu kebanyakkannya berpuas hati dan tidak menyimpan apa-apa perasaan dalam hati..iyalah...tak elok simpan dendam..kalau ada salah silap tu...biasalah..anggap lah semua orang pernah melakukan kesilapan...diri kita sendiri pun bukanlah sempurna sepenuhnnya kan..
jadi..sucikan hati..bersihkan jiwa....think positive!!!

0 comments: