BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 20, 2010

Persiapan Modul Program Integrasi Kerajaya

Persiapan untuk menjalankan aktiviti di SMK Sultan Ahmad Tajuddin sudah siap hampir 90%. InsyaAllah..esok kami akan bertolak ke sana menggunakan bas yang telah kami sewa atas usaha sendiri.
Modul Kelompok masih dalam perbincangan. Modul ini melibatkan kumpulan kecil tetapi merangkumi 15% markah keseluruhan. Kelompok kecil dibahagi kepada 9 kumpulan..manakala setiap kumpulan mempunyai 5-6 orang ahli. Setiap kumpulan mesti membuat satu modul untuk dijalankan di dalam Program Integrasi Kerjaya nanti.
Kumpulan saya telah membuat satu modul yang kami namakan Kotak Kerjaya untuk dipraktikan kepada pelajar di sana. Modul ini lebih kepada main peranan dan berbentuk games. Tujuannya untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar berkaitan dengan nama-nama pekerjaan yang mereka rasakan tidak glamour tetapi amat penting dalam kehidupan seharian.
Pendedahan ini adalah untuk menyedarkan mereka bahawa terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang mereka boleh pilih selain daripada yang mereka sedia ketahui seperti doktor, guru, jururawat, peguam, angkasawan dan sebagainya.
Modul yang kami bentuk ini membuka peluang kepada mereka supaya merasai sendiri situasi dan bagaimana sesuatu pekerjaan itu mempunyai kaitan dalam kehidupan seharian mereka.

0 comments: