BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 18, 2010

BIG oh...BIG...

Antara kawan-kawan yang menyertai BIG di SITC

Kawan kita nie ngantuk sangat nooo.....!!!


Program berlangsung selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad..walaupun 2 hari sahaja tetapi cukup memenatkan juga lah..
tapi bagi saya, alhamdulillah...tak ada apa2 masalah...ada juga kawan2 yang sakit kaki, sakit pinggang dan keletihan....
sepanjang program tu..banyak ilmu dan pengalaman yang saya boleh kaut...samaada daripada feedback peserta sendiri mahupun fasilitator...
Seperti dalam slot Kembarun...saya mendapat pengalaman yang amat berharga dimana falsafah yang saya dapat di situ ialah...sebelum melakukan sesuatu, fikir dahulu, barulah ambil tindakan. Mengambil keputusan secara terburu2 boleh merugikan diri sendiri dan membuang masa begitu sahaja. Seperti contoh kumpulan saya apabila mendapat sampul surat dan terus membuat keputusan ke pekan dan mendapati bukan di situ tempat sebenarnya,merasakan keputusan yang diambil adalah amat terburu2. Kami amat menyesal kerana tidak menganalisis sesuatu itu dengan betul dan baik. Ia juga mengajar kita untuk membentuk kerjasama dan semangat yang tinggi untuk terus berjaya mencapai sesuatu matlamat. Setiap orang mempunyai perjalanan hidup yang berbeza dan unik, jadi sesuai dengan falsafah kembarun bahawa setiap perjalanan hidup manusia adalah berbeza dan mereka sendiri yang akan menentukan kemana arah tuju hidup mereka.
Slot yang boleh menyedarkan saya untuk menjadi lebih baik ialah slot aku guru hebat...ia memang memberi kesan yang amat mendalam apabila melihat kawan2 bersemangat melontarkan luahan hati masing2....

0 comments: