BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 12, 2010

Bina Insan Guru

Mengadakan mesyuarat bersama AJK dan semua Biro yang terlibat

kACAU!!! Memang segala perancangan kami untuk Program Integrasi Kerjaya pada 16/1/2010 nie terpaksa ditunda ke satu tarikh lain...Ini gara-gara bertembung dengan Program Bina Insan Guru. Nama untuk mereka yang terlibat sudah keluar pada hari ini..
Nama-nama orang penting untuk Program Integrasi Kerjaya semuanya termasuk dalam tarikh BIG 16/1/2010. Ini termasuk lah saya, sajar(pengarah program), Cik Omar dan ramai lagi la..ADUH!! kami sudah buntu memikirkan alternatif lain. Pelbagai cadangan datang dari mulut AJK..tapi semuanya tak menjadi. So, kami ambik keputusan untuk membuat program Kerjaya tersebut di sekolah dan terpaksa buat pada hari biasa...
Masalahnya kami terpaksa deal dengan pihak sekolah sekali lagi untuk menggunakan waktu p&p cikgu-cikgu lain..
Esok saya, sajar, Ku tie, Ayu dan Cik Omar akan ke sekolah Khir Johari sekali lagi untuk berbincang berkaitan program ini. Jika mereka meluluskan, ok..masalah selesai!! Tetapi biasanya untuk menggunakan waktu p&p cikgu-cikgu lain adalah satu perkara yang agak sukar untuk diluluskan. Tengok lah keputusannya esok...
Memang agak pening kepala dengan satu tugasan ni...sebab waktu yang ada agak singkat dan terhad...sekarang nie pula terlalu sibuk dengan pelbagai program lain yang memerlukan perhatian juga....

0 comments: