BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, January 7, 2010

Program Integrasi Kerjaya

Pengarah sedang mempengerusikan mesyuarat



Apa yang paling merisaukan saya pada minggu nie adalah mengenai program yang kami rancangkan untuk diadakan pada 16 Januari 2010 nie masih belum mencapai tahap yang memberangsangkan. Segala usaha masih diperingkat sederhana.. Kertas kerja kami alhamdulillah sudah diluluskan oleh pensyarah kami..cuma tinggal kelulusan sekolah masih menjadi tanda tanya. Kami rancang untuk pergi berjumpa Pengetua pada hari nie, tapi terdapat sedikit masalah teknikal, kami terpaksa menunda ke satu tarikh lain. Semu AJK lain mungkin sudah membuat kerja masing-masing, aku sebagai S/U untuk program nie berharap agar semua berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Pengarah program iaitu Sajar sudah pening kepala memikirkan Program kami ini. Saya berharap agar Tuan Pengarah kami tu masih sabar dan jangan cepat melatah. Mujurlah dia seorang yang cukup sabar dengan bermacam karenah AJK. Biasalah bila buat kerja ramai-ramai nie ada bermacam-macam ragam dan hal..itu sudah menjadi lumrah...
Disamping pengarah, ramai yang membantu dalam melancarkan proses membuat perancangan dan sebagainya.
Kami juga sentiasa membuat perbincangan dan mesyuarat dari masa kesemasa agar dapat memantau perkembangan kerja dari setiap biro yang terlibat.

0 comments: