BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 23, 2010

Terima Kasih Semua

Menjamu selera di kantin sekolah..emmm!! sedap..hidangan nasi tomato.

Mendengar taklimat daripada pihak sekolah dan menunggu kedatangan waris untuk penyerahan anak angkat

Membuat persediaan untuk pameran

Bersama dengan pelajar2 yang menyertai Program pada hari tue...masing2 suka posing!!


Ucapan Selamat Datang kepada kami oleh pihak SMK Sultan Ahmad Tajuddin.

Alhamdulillah..lega rasanya apabila semua tanggungjawab sudah dilaksanakan...
Terima kasih tidak terhingga kami ucapkan kepada pihak sekolah SMK Sultan Ahmad Tajuddin yang begitu menyambut baik kedatangan kami dalam membuat Program Integrasi Kerjaya.. Tidak sanggka sambutan begitu baik sekali..kepada Pengetua Sekolah, Guru Kaunselor, Guru Penolong Kanan, YDP PIBG, Ibu Bapa dan pelajar semua..kami akan merindui anda semua kerana kebaikan hati anda dalam melayan kami dengan ramah dan mesra sekali.
Saya anggapkan program kami nie berjaya dalam pelbagai segi...kemungkinan ada kekurangan juga, namun saya mahu melihat dalam konteks yang positif terlebih dahulu...di samping menjayakan program berkaitan kerjaya, kami juga berjaya menjalinkan hubungan yang baik antara pihak UPSI dengan pihak sekolah dan masyarakat setempat. Mereka memuji-muji UPSI yang mereka anggapkan sudi membuat program ditempat mereka. Mereka juga mengalu-alukan kedatangan kami di lain kali. Pelajar juga seakan dahagakan program seumpama ini diadakan lagi. Seikhlas hati saya merasakan amat sedih dan simpati kepada sekolah sekolah di luar bandar yang amat mengharapkan agar kita sebagai pendidik memberi perhatian kepada mereka. InsyaAllah jika diizinkanNya kami akan mengadakan lagi program yang lebih memberi info, motivasi dan lebih gempak dilain ketika.
Program keluarga angkat juga berjalan dengan lancar..kesemua keluarga yang mengambil anak angkat turut memberi kerjasama yang amat baik. Mereka membuat kuih, memberi bekal kepada kai dan sebagainya. Ketika kami hendak bertolak pulang, saya lihat ada antara ibu bapa yang mengalirkan airmata. Walaupun program kami ini singkat, namun sudah meninggalkan kesan yang mendalam di hati mereka. Itulah yang tambah membuatkan kami terharu...
Adik-adik pelajar juga amat baik, ramah, bersopan santun dan senang dikawal..mereka juga amat happy dengan program ini. Setiap maklumbalas yang ditulis mahukan kami mengadakan masa yang lebih dan membuat program lagi..
Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kakak-kakak dan abang-abang fasi yang baik, berpengetahuan dan cepat mesra..
Jika ada sumur di ladang
Boleh kami menumpang mandi
Jika ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
Kepada mere-mereka semua, kami ucapkan semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing!!!JUMPA LAGI.. noooo....

0 comments: