BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 15, 2010

Berkelana nun jauh ke Selatan...




















Bila dapat tahu yang saya dapat parktikal di sekolah kat selatan tanahair...ayat pertama yang keluar dari mulut nie..emmm, satu lagi pengalaman yang menyeronokkan!!
Saya tak rasa itu satu tekanan kepada saya...mungkin tekanan dari segi kesediaan menjadi guru kaunseling sahaja yang belum cukup...tapi kalau dari segi mengajar dimana-mana sahaja bagi saya itu perkara biasa...InsyaAllah!!
Saya dapat mengajar di SMK Munsyi Sulaiman, Batu Pahat, Johor...dah masuk laman web sekolah..dah tengok apa yang patut dan saya rasa tak sabar untuk ke sana sebenarnya. Saya berharap Allah bagi kekuatan kepada saya untuk menjadi guru yang sabar dan tabah dalam menghadapi segala cabaran dunia perguruan.
Harap kawan-kawan juga gembira dan bersyukur dengan sekolah yang diberikan kepada mereka..apa yang penting tunjukkan prestasi yang cemerlang dan saya ucapkan selamat berjaya!!

0 comments: